Untuk semua yang singgah di blog ini, saya dan keluarga juga mohon maaf lahir batin dan mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga Allah memberikan karunia taufik dan hidayahNya bagi kita semua...
Ini ada oleh-oleh ringkasan Sifat Shaum Nabi
Rasulullah saw bersabda, au kamaa qaal: "Man shaama Ramadhana, iimanan wahtisaban, ghufiralahu ma taqaddama min dzanbih" "Barangsiapa berpuasa Ramadhan, dengan iman dan ihstisab, diampuni kesalahannya yang terdahulu". (HR.Bukhari)
iman: yakin
ihtisab: introspeksi sungguh-sungguh dengan pengharapan yang tulus Allahumma, ballighna ramadhan.
Petikan qaul ulama: Jauhi bid'ah, tegakkan sunnah. Tegakkan islam di hatimu, niscaya tegak di bumimu.
---------------------------------------------------------------
Sifat Puasa Nabi SAW
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه ، أما بعد:
Ini merupakan ringkasan sifat Puasa Nabi saw - dimana didalammnya meliputi kewajiban, adab2, do'a2, hukum2 berkaitan dengan puasa, jenis manusia yang berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, dan faedah2 lain. Kita memohon petunjuk Allah agar orang2 Islam mengamalkan sunnah Nabi saw pada semua usia, dari yang kecil hingga yang dewasa/tua. Allah jua yang memberikan petunjuk.
Ta'rif Puasa: merupakan ibadat kepada Allah dengan meninggalkan perkara2 yang dilarang dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam.
Nabi saw bersabda :
بني الإسلام على خمس: شهادة أن لإله إلا الله، وأن محمداً رسول الله، وإقام الصلاة، وإيتاء الزكاة، وصوم رمضان، وحج البيت الحرام "Islam dibangun atas 5 perkara : mengucapkan syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram" [mutafaq 'alaih].
Orang2 yang berpuasa :
* Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim. * Orang kafir tidak wajib puasa, dan mereka tidak perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam. * Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa, akan tetapi disuruh melakukannya agar merekaa menjadi biasa dengan berpuasa.
* Orang sakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu kesembuhan boleh berbuka puasa dan setelah sembuh harus mengqadha'nya kembali.
* Orang yang tak berkemampuan ('aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimana orang tua atau orang sakit yang tiada harapan sembuh - setiap hari yang tidak berpuasa wajib memberi fidyah kepada orang miskin.
* Wanita yang hamil dan menyusui jika menghadapi kesukaran berpuasa, maka dia dibolehkan berbuka dan boleh menqadha' puasanya apabila datang keringanan.
* Wanita datang haidh dan nifas tidak boleh berpuasa, dan mesti mengqadha' apa yang tertinggal.
* Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha' sekiranya berbuka didalam safar, sama saja safar yang 'emergency', atau safar seperti Umrah, atau sentiasa dalam perjalanan seperti supir kereta, mereka boleh berbuka selama mereka tidak berada dinegara mereka (dalam keadaan safar, tidak mukim).
Hukum-hukum berkaitan dengan ibadah puasa
1-Niat : Wajib berniat untuk puasa.
Kewajibannya sebelum terbit fajar, Nabi saw bersabda : من لم يُجمِع الصيام قبل الفجر فلا صيام له "Barangsiapa yang tidak menetapkan (berniat) untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya" [Shahih Abi Daud] Sabda Nabi saw didalam hadith lain :- من لم يبيت الصيام من الليل فلا صيام له "Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahih al-Nasaa'i]. Niat tempatnya dihati, melafazkannya tidaklah datang dari nabi saw, dan tidak ada di antara sahabat Nabi ra. yg melakukannya.
[Tambahan : Umumnya, masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma ghadin..." dan bukannya azam (ketetapan hati yang kuat) untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah niat yang berbentuk azam]
2- Waktu berpuasa :
Firman Allah swt : "Makan dan minumlah hingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis) hitam, iaitu fajar" [surah al-Baqarah : 187]
* Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi empat (komentar: seperti tiang cahaya putih yang menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat fajar).
* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan segi empat merah diatas puncak gunung. Apabila malam tiba dan matahari terbenam, maka boleh berbuka puasa. Nabi saw bersabda : "Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka berbukalah" [Hadith Mutafaq a'alaih].
3-Sahur
Sabda Nabi saw : "Perbedaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur" [Hadith Riwayat Muslim]. Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain : البركة في ثلاثة: الجماعة والثريد والسحور "Barakah ada didalam 3 perkara : Jamaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir]. Sahur merupakan berkat yang nyata, seharusnya tidak ditinggalkan kerana patuh kepada Sunnah. Sahur memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw menyebut namanya : "Anda telah sampai kepada makanan yang diberkati" [Sahih Abu Daud]. Sabda Nabi saw lagi : السحور أكلة بركة فلا تدعوه ولو أن يصلون على المتسحرين يجرع أحدكم جرعة من ماء، فإن الله وملائكته "Makan Sahur adalah berkah, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari kamu hanya meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur" [Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad].
Sabda Nabi saw lagi : نعم سحورالمؤمن التمور "Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih Riwayat Abi Daud]. Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar melewatkan sahur sebaik-baiknya sebelum subuh/fajar.
[Tambahan : waktu Imsak yang diamalkan seperti 10 menit sebelum masuk waktu fajar tidaklah diamalkan oleh para salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakan ulama Salaf bertoleransi didalam bab makan sahur hingga hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan memuntahkan air yang sudah di mulut.
Sabda Nabi saw : (إذا سمع أحدكم النداء، والإناء على يده، فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه) "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan, janganlah piring itu diletakkan hingga ia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-Hakim]]
4-Apa yang orang berpuasa harus tinggalkan selain makan dan minum :
* Menipu/berdusta : Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt memerlukan dia meninggalkan makan dan minumnya" [Hadith Riwayat al-Bukhari].
* Percakapan yang keji, cabul dan kotor. Nabi saw bersabda : "Bukanlah puasa itu dari makan dan minum, namun puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan cabul, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" [Hadith Sahih Ibn Khuzaimah].
5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa :
* Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah ra : كان يدركه الفجر وهو جنب من أهله ثم يغتسل ويصوم "Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith Muttafaq a'alaih].
* Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi saw bersabda : "Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih]. Nabi saw tidak mengkhusukan orang berpuasa dengan yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu' dan setiap kali solat, pada setiap waktu.
* berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung : Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara berlebihan. Sabda Nabi saw : "Memasukkan air kedalam hidung (dengan berlebih) kecuali ia sedang berpuasa" [hadith Shahih Abu Daud]
* Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari 'Aisyah ra. berkata : "Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi bagindalah orang yang paling kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih]. Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda: "Sesungguhnya orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih Riwayat Ahmad]. * Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak berfungsi sbg makanan, ia tidak membatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung. * Menambal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa * Merasai makanan : batasnya tidak sampai ke tenggorokan. Begitu juga dengan penggunaan obat gigi. Dari Abbas ra. berkata : "Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa saja, selagi ia tidak memasuki kerongkongan, dan dia masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[ * Memakai celak dan obat tetes mata (drops) yang memasuki mata - perkara ini tidak membatalkan puasa. Berkata Imam al-Bukhari didalam sahihnya : "Anas, Hasan dan Ibrahim tidak melihat dengan bercelak ada masalah yang mencacatkan orang berpuasa" [Tambahan: Perkara-perkara yang dianggap oleh banyak orang bisa membatalkan puasa seperti mengorek hidung, korek telinga, memakai obat tetes mata, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan perkara-perkara yang membatalkan puasa.] 6- Ketika berbuka Puasa : * Menyegerakan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani, mereka melewat2kannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda : لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر "Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikan selama dia mendahulukan berbuka puasa" [Hadith Muttafaq 'alaih]. * Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra. berkata : كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يفطر قبل أن يصلي "Rasulullah saw berbuka sebelum bersolat' [Hadith hasan riwayat Abu Daud]. Apa yang baginda makan sewaktu berbuka? Dari Anas bin Malik ra. berkata : "Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang) sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air" [Hadith Sahih Abi Daud]. * Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi saw berkata : للصائم عند فطره دعوة لا ترد "bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan tertolak" [Hadith Sahih Ibn Majah]. Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a : ذهب الظمأ وابتلت العروق، وثبت الأجر إن شاء الله "Telah pergi kehausan dan telah basah urat-urat, dan pastilah ganjaran (pahala). Dengan kehendak Allah" [Hadith Sahih Abi Daud] [Tambahan: Adalah tidak sunnah perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan azan maghrib masih berkumandang. Do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت)- Allahumma laka Sumtu ....." sebenarnya status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih untuk menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan transliterasinya adalah: "Dhahaba al-zama’ wa abtalat al-‘urooq wa thabata al-ajr insha Allaah". ] 7 – Perkara-perkara yang membatalkan puasa * Makan dan minum dengan sengaja. Jika dia terlupa atau dipaksa maka tidakl mengapa dengan kehendak Allah. Nabi saw bersabda : إذا نسي فأكل وشرب فليتم صومه ، فإنما أطعمه الله وسقاه "Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya, kerana sesungguhnya Allah lah yang memberi dia makan dan minum" [Hadith Muttafaq 'alaih]. * Muntah dengan sengaja: iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut. Sabda Nabi saw : من ذرعه القيء فليس عليه قضاء، ومن استقاء فليقض "Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak ada qadha' baginya, dan barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha"[Hadith Sahih Abu Daud]. Maka jika muntah tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa. * Berjima': jika dilakukan pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, maka keatasnya qadha' kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpai hendaklah berpuasa 2 bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin. * Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengan tujuan memberi makanan kepada pasien, dan yang semacamnya membatalkan puasa. * Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samaada menjumpainya awal atau akhir, dia harus berbuka dan mengqadha'nya. * Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau apapun perbuatan yang sejenis. Jika keluarnya mani karena mimpi, maka ia tidak membatalkan puasa kerana hal itu bukanlah atas kehendak mereka yang berpuasa. * Keluarnya darah yang cukup banyak: contohnya berbekam 8-Qadha' Puasa Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha' puasa dan tidak disukai mengundur-undurkannya, tidak wajib berturut-turut didalam Qadha'. Orang yang lemah dan tidak berkemampuan puasa tidak wajib qadha, melainkan wajib memberi makan orang miskin sejumlah hari-hari yang ditinggalkan. Barangsiapa yang sedang berpuasa lalu meninggal, maka wajib puasa keatasnya. Barangsiapa yang meninggal sementara dia berhutang puasa wajib maka harus digantikan oleh walinya/ahli warisnya . Sabda Nabi saw : من مات وعليه صوم صام وليه عنه وليه "Barangsiapa yang meninggal sedangkan ia masih mempunyai hutang puasa wajib, maka hendaknya walinya berpuasa untuknya" [Hadith Muttafqa 'Alaih] 9-Berpuasa tetapi meninggalkan solat : Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting didalam rukun-rukun Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermanfaat apaun selama dia dia meninggalkan solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw: "Sesuatu yang menjadi pembatas diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad] 10-Solat Malam yang merupakan pilihan (Tarawih ) : Rasulullah saw telah melakukan Qiam Ramadhan (Solat Tarawih) secara berjamaah, kemudian baginda telah meninggalkannya kerana takut umatnya akan mewajibkannya, maka iapapun tidaklah boleh mewajibkan solat ini. Bilangan rakaat ialah 8 (delapan) rakaat tanpa witir sebagaimana hadith dari A'isyah ra, : "Nabi saw tidak menambah pada malam Ramadhan dan selainnya sebanyak 11 rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih] Umar bin al-Khattab ra menghidupkan sunnah Solat berjamaah 11 rakaat ini, dan beliau bersolat pada zamannya sebanyak 23 rakaat, dan mereka bersolat selepasnya sebanyak 39 rakaat. Amalan 23 rakaat dilakukan sebagaimana solat di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi, ini merupakan pandangan 3 Imam dan yang selainnya. Apa yang ada pada kebanyakan umat Islam sekarang adalah Solat Tarawih yang dilakukan secara cepat bacaannya, termasuk ruku' dan sujudnya, dan ini telah bertentangan dengan kaifiat solat, iaitu kaifiat khyusuk, dan dalam keadaan-keadaan yang lain bisa menyebabkan solat tersebut batal bila tidak memenuhi rukun tuma’ninah. Padahal kualitas (panjangnya) bacaan didahulukan dibanding banyaknya bacaan. 11-Zakat Fitrah Zakat Fitrah merupakan amalan fardu, Nabi saw bersabda : فرض رسول الله - صلى الله عليه وسلم - زكاة الفطر من رمضان على الناس "Rasulullah saw telah memfardhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan keatas manusia" [Hadith Muttafaq 'alaih] Diwajibkan Zakat Fitrah keatas anak-anak dan orang dewasa, lelaki dan perempuan, manusia merdeka dan hamba sahaya dari orang-orang Islam, dan kadarnya diukur menurut negara tempat tinggal masing-masing, yang afdalnya tempat tinggal siang dan malam mereka bersama keluarga. Yang paling afdal diberikan kepada golongan miskin. Waktu mengeluarkannya : Pada Hari Raya (Eid) sebelum solat, dan boleh juga sehari atau 2 hari sebelumnya, dan tidak boleh menundanya sampai lewat hari Eid. -------------------------- Diambil dari Sifat Shiyam Rasulullah SAW Oleh Syekh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin Terjemahan bahsa Melayu oleh Ustadz Khairul Amin (di httpks://al-ahkam.net.)i

Comments